Pengguna dan peniaga merayu supaya kerajaan mencari pelan alternatif agar masalah eksport gandum ke negara ini tidak membebankan rakyat.<br /><br />Menurut mereka, sekiranya tidak diatasi dari peringkat awal, dikhuatiri akan memberi kesan kepada peniaga dan peruncit.
